Hari tu ada tengok biskut 'mammouls' dekat program TV. Pastu google la cari. Gambarnya cantik.
Dah tak boleh upload pulak! Resipinya entah aper-aper. :(
Agaknya kena jenjalan kat blog-blog kot ... mungkin jumpa resipi lebih baik!
RUANG SIBER IRAYANI
Tuesday, 23 July 2013
DAH 15 RAMADHAN
Esok sampai ke pertengahan Ramadhan. Alhamdulillah semuanya lancar.
Dah nak masuk tido. Tetiba teringat nak ziarah blog teman. Tapi ramai tak update pun.
Nampak gayanya ramai diam-diam saja. Dah semakin dingin agaknya! Hihi .. macam aku juga la!
Dah nak masuk tido. Tetiba teringat nak ziarah blog teman. Tapi ramai tak update pun.
Nampak gayanya ramai diam-diam saja. Dah semakin dingin agaknya! Hihi .. macam aku juga la!
Friday, 4 November 2011
LONTONG DAN RAYA
Hari ni Mak buat lontong fesyen baru pula. Sampai balik rumah saja Mak suruh makan dulu. Inilah gambar hidangan lontongnya.

Nampak agak berlainan juga. Tapi rasanya sedap. Kata Mak beliau sedang mencuba resipi kakak untuk dibuat hidangan pada Hari Raya Aidiladha nanti. Apa-apa saja la! :)
Sempena hari mulia ini pada hari Ahad nanti, sama-samalah kita memanjat syukur dan bergembira. Diucapkan selamat juga.
SELAMAT
HARI RAYA AIDILADHA
Saturday, 1 October 2011
AGENDA MEMANCING UNDI
Pihak kerajaan persekutuan sudah melakukan pelbagai usaha dalam agenda mereka memancing undi. Bila tengok dan dengar segala buat, rasa marah pun ada, rasa lucu pun ada juga!
Dalam hatiku tetap berdoa semoga rakyat celik mata dan ikhlas hati kerana Allah swt. Mudah-mudahan nanti kita mendapat rahmat terbaik.
Friday, 16 September 2011
HARI MALAYSIA
Hari Malaysia ni elok juga dilakukan silaturrahim bersama sanak saudara dan kawan rakan. Mana-mana yang belum habis beraya bolehlah manafaatkan hari ini.
Kebetulan kami sekeluarga Raya Puasa Enam hari ni. Jadi adalah juadah Raya! Hehe.
Selamat Hari Malaysia
Saturday, 3 September 2011
UCAPAN RAYA
Sempena perayaan yang amat bermakna ni, saya terpanggil untuk buat ucapan juga la. Apatah lagi ini adalah pertama kali sebagai blogger! Hehe.
Ucapan ini ditujukan khas kepada yang saudara dan rakan yang singgah dan jengah. Ceria beraya ya.
SELAMAT
HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR & BATIN
Subscribe to:
Comments (Atom)