Wanita sekarang ramai yang bekerja. Oleh kerana masaalah pembantu rumah, ramai wanita selalu terkejar-kejar waktu untuk menyediakan makanan untuk keluarga. Ini terutamanya pada hari kerja.
Kadang-kadang tu banyak kerja di pejabat. Badan pun letih lesu. Jadi selalu saja mudah naik angin. Jadi kalau terpaksa sediakan makan malam, boleh naik hantu juga.
Sekarang ni ramai wanita mengambil jalan pintas. Banyak yang membuat langganan masakan dengan mereka yang menyediakan khidmat ini. Ada juga yang membelinya di gerai atau kedai makanan.
Sebenarnya antara beli makanan atau melanggan dengan masak sendiri, tak jauh sangat perbezaan dari segi kos. Malah bagi keluarga kecil, jauh lebih murah membeli atau melanggan dari memasak sendiri. Badan pun tak penat.
Aslmkm.
ReplyDeleteDi era sekarang, kita membuat penyesuaian yang terbaik.
Bagi Kak G, bergantung kepada keadaan. Selalu tu beli saja. Sesekali masak sendiri juga. :)